Selasa, 03 Juli 2018

5 DRAMA KOREA POPULAR WAJIB DITONTON

1. THE MASTER'S SUN



Drama Korea Master's Sun adalah salah satu drama korea yang mengangkat tentang dunia  lain.
Bagaimana seseorang dapat berhubungan dengan para roh dan hantu akan sering di munculkan dalam drama ini.

Pemeran: Gong Hyo­jin dan So Ji­sub

2. OH MY VENUS





Drama Korea Oh My Venus ni antara drama Romantik Komedi yang memang super lucu, memang romantik habis, sweet habis dan gandingan Shin Min Ah dan So Ji Sub memang terbaik habis.
Kedua-dua diorang ni juga turut menang dalam KBS Drama Awards, disamping turut menang Best Couple Award dalam majlis anugerah tersebut yang berlangsung pada hujung Disember yang lalu.

3. HWARANG





Drama Hwarang ini dilakonkan oleh ramai pemeran lelaki yang popular dan berlatarbelakangkan zaman raja - raja dan semua pemeran lelaki dalam drama ini memang berambut panjang.
Pemeran drama Hwarang ini terdiri daripada Park Seo Joon, Go Ara, Park Hyung Sik, Choi Min Ho (Shinee), Do Ji Han, Seo Ye Ji, Jo Yoon Woo, Kim Tae Hyung (BTS), Kim Hyun Joon, Kim Ji Soo, Sung Dong Il, Choi Won Young, Lee Da In, Kim Chang Wan dan ramai lagi.

4.  Emergency Couple




Emergency Couple diperankan oleh Song Ji Hyo (Running Man), Choi Jin Hyuk, Lee Pil Mo yang baru saja habis ditayangkan minggu lalu.
Drama ini mempunyai 21 episode dan bergenre Romantic Comedy/Medical.
Jalan cerita drama ini berkisarkan pasangan suami isteri yaitu Oh Chang Min dan Oh Jin Hee yang nikah pada usia muda namun bercerai setahun kemudian atas sebab tidak serasi namun selepas 6 tahun, mereka bertemu semula sebagai doktor pelatih di sebuah hospital.

5. My Father Is Strange




Drama ini berkisarkan tentang kisah kekeluargaan yang menarik dan suspen gitu.
hanya mengisahkan tentang keluarga bahagia Byun Han Soo yang mempunyai 4 orang anak, setiap dari mereka mempunyai kisah yang tersendiri, begitu juga dengan Byun Han Soo yang menyimpan satu rahsia besar dari anak - anaknya.
Keluarga Byun Han Soo mula mengalami konflik dengan kehadiran Ahn Joong Hee yang merupakan seorang selebriti yang dikatakan adalah anak sulung Byun Han Soo dengan wanita lain.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar